Tuesday, September 9, 2008

Bagus sangat ke nilai rendah diri ni?

"Orang Melayu sangat dikenali dengan nilai rendah diri yang sangat mulia dalam diri mereka"

"Sikap rendah diri orang Melayu antara nilai yang termasyhur di antara nilai-nilai mereka."

Secara peribadi, aku rasa segala sesuatu di dunia ini ada batasnya. Sedangkan sikap "baik" itu sendiri ada batasnya. Tengok sahaja peribahasa Melayu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kalau lah aku hidup di zaman dahulukala di mana peribahasa orang Melayu belum lagi dibukukan, akan kutambah satu lagi peribahasa yang berbunyi begini: rendah diri memang murni, rendah sangat bodohkan diri.

Entahlah ya. Aku rasa sikap rendah diri yang keterlaluan ni semacam membuat orang Melayu takut untuk mendedahkan sesuatu yang baik tentang diri mereka kepada orang lain, sesuatu yang "successful" yang telah mereka kecapi, sesuatu yang positif. Sebenarnya, sesuatu yang baik tentang diri mereka, sesuatu yang "successful" yang telah mereka kecapi, sesuatu yang positif ini, sekiranya dikongsi dengan sahabat handai dan saudara mara, adalah merupakan suatu perkara yang sangat sangat mulia! Baik, apa kata kita ambil yang berikut ini sebagai contoh.

Ali dan Ahmad kawan baik. Ali pandai. Ahmad bodoh. Ali masuk sekolah Raffles Institute. Ahmad masuk sekolah Vocational Institute (lebih rendah dari ITE). Mak Ali bilang Ali,
"Kau mesti rendah diri. Tak payah bilang orang kau masuk Raffles. Biar orang ingat kita bodoh takpe. Asal jangan tinggi diri. Ni nilai bangsa kita. Rendah diri."
Kakak Ali bilang Ali, "Alhamdulillah kau masuk Raffles. Bilang si Ahmad tu yang dia tak sepatutnya putus asa. Bilang dia kau masuk Raffles. Cakap dengan dia kalau kau boleh belajar pandai-pandai, kenapa dia tak boleh. Beri dia semangat sikit. Cakap dengan dia kalau dia berusaha gigih macam kau, dia pasti dapat langkahkan kaki ke ITE, kemudian ke Polytechnic, dan kemudian ke Universiti. Bilang dia kalau kau boleh, dia pun boleh!"
Hmmmm.... Watak siapa yang kita nak pilih ni? Watak Mak Ali atau watak Kakak Ali? Pada sayalah, tak jadi salah kita tinggi diri pada masa-masa tertentu. Pertama, secara psikologi, kita akan rasa berpuas hati dan hati kita akan rasa gembira (it makes us feel good about ourselves) apabila kita memberitahu orang lain tentang kejayaan kita. Dan kedua, orang yang dengar akan percakapan kita itu, akan rasa positive pressure untuk melakukan yang terbaik bagi dirinya. Who cares kalau orang-orang macam Ahmad ambil hati dan rasa diri dia tak berguna dan bodoh apabila diberitahu Ali tentang kejayaan Ali? Kalau dia mempunyai tanggapan yang negatif sedemikian, itu hak dia. Dia yang rugi. Orang-orang yang typically Malay sebegini yang selalu ambil hati ini akan terus ketinggalan jauh sekiranya mereka tidak mahu menganggap sesuatu itu secara positif. Biarkan mereka. Yang penting, niat atau nawaitu orang macam Ali penting, yakni, untuk memberi perangsang kepada orang-orang macam Ahmad supaya bangkit dari kelemahan diri. Ali juga akan feel good about himself. Dan feeling good ini adalah penting dalam kehidupan setiap individu! Terima atau tidak, terpulang.
Pendekatan watak manakah kamu pilih? Pendekatan watak Mak Ali atau Kakak Ali? Kalau kita ikut sangat akan Mak Ali, terlalu pentingkan pemupukan sikap rendah diri dalam diri sendiri...
... tak usahlah Berita Harian mengungkap kejayaan-kejayaan para pelajar Melayu yang mendapat markah kepujian dalam pendidikan! Tak usahlah kita dedahkan kepada masyarakat umum bahawa pesilat-pesilat Melayu Singapura handal tidak terkata! Tak usahlah kita keluar dari lingkaran Nusantara untuk menembusi cabaran-cabaran globalisasi di dunia luar dan menunjukkan pada dunia yang kita mampu berjaya! Biar saja orang Melayu duduk terperap di bawah katak tempurungnya.
Shhhhh. Kalau bagus pun, diam saja. Biar orang-orang Barat dan orang-orang Cina saja yang meuar-uarkan dengan bangga akan SETIAP pencapaian yang mereka kecapi kepada dunia! Biarkan orang-orang Barat dan Cina sahaja yang dilihat sebagai terkemuka di mata dunia! Biarkan mereka memartabatkan bangsa mereka! Orang Melayu? Alah, tak perlu kecoh-kecohkan pencapaian. Nanti takut dianggap tinggi diri pula. Bukankah sikap rendah diri itu sudah menjadi darah daging kita?

Tersirat Perjanjian Dalam Pinjaman

Sebenarnya, sudah sekian lama aku terfikir-fikirkan tentang penggunaan istilah "pinjaman" yang digunakan dalam pengajian bahasa Melayu yang sedang aku jalani selama bertahun-tahun lamanya. Tapi, tidak pernah terlintas di fikiran untuk membicarakan tentang hal ini hinggalah pada saat ini di mana aku rasa sesuai untuk aku bicarakan keraguanku ini.Perhatikan ayat berikut ini."Perkataan IMLAK adalah pinjaman dari bahasa Arab."Ini bermakna ahli linguistik menyatakan bahawa bahasa Melayu kita "meminjam" perkataan "IMLAK" dari bahasa Arab, tapi, bila agaknya ya bahasa Melayu kita akan pulangkan kembali perkataan itu kepada bahasa Arab? Esokkah? Lusakah? Tulatkah? Adat istiadat orang Melayu dan Islam berpegang kuat kepada AMANAH. Apabila kita pinjam sesuatu dari orang lain, adalah amanah dan tanggungjawab kita untuk pulangkan kembali kepada orang tersebut.Pernah suatu ketikan dahulu ketika hidup kejiranan di Singapura masih teguh dan ada cebis-cebis kekampungan, aku disuruh ibu untuk pergi ke rumah jiranku, namanya Cik Lela Besar, untuk "meminjam'" cili. Lalu apabila aku sampai di rumahnya, aku pun cakap, "Cik, Mak nak pinjam cili tiga batang." Beliau, seorang guru ngaji, terus berkata, "Jangan cakap pinjam! Cakap mintak! Cik sendiri bila mahu minta Mak kau barang dapur, cik gunakan "Mintak". Kalau tak sempat kasi balik, mati tiba-tiba, siapa nak jawab?"Hmmmm.... macam mana ya? Memanglah pada dasarnya, hal ini dianggap macam remeh sahaja. Tapi, jikalau difikirkan secara mendalam, kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Kalau kita kata kita pinjam perkataan "Imlak" dari bahasa Arab, bermakna tersirat suatu perjanjian bahawa kita akan pulangkannya semula. Jadi, bagaimana ya?